Huawei telah membangunkan alat pemancar gelombang mikro dengan keupayaan penghantaran merentas ruang, menyediakan pilihan untuk kawasan di mana produk komunikasi tradisional sukar digunakan, menjadikannya lebih mudah bagi penduduk di kawasan tersebut untuk mendapatkan maklumat.
Dikenali sebagai XMC 80D, ia adalah peranti komunikasi yang menyokong rangkaian 5.5G serba baharu yang bertindak sebagai pemancar luar dengan reka bentuk inovatif yang dilengkapi sinki haba dua sisi bagi mengoptimumkan penggunaan tenaga.
Lengkung pemegang yang elegan memberikan pengalaman pemasangan yang selesa, mudah dan selamat.
Hadir dalam reka bentuk hijau, berkuasa dan mesra pengguna membolehkan produk ini menyediakan perkhidmatan komunikasi berkelajuan tinggi dengan mudah kepada masyarakat sama ada di kawasan bandar atau kawasan terpencil seperti gunung, hutan, tasik dan padang pasir.
XMC 80D ini yang memenangi anugerah reka bentuk iF Design 2024 di mana ia dijadualkan dilancar pada tahun 2024 ini dengan menyasarkan pasaran Afrika, Asia, Australia / Oceania, Eropah, Amerika Utara dan Amerika Selatan.
{suggest}
Sumber: iF Design 2024