Sejak pandemik COVID-19 bermula pada awal tahun lalu, pelbagai aplikasi sembang sosial mula ditawarkan oleh pelbagai pembangun.
Pengguna tidak lagi bergantung pada beberapa aplikasi sahaja seperti, Messages, WhatsApp atau Messenger, sebaliknya kini terdapat pelbagai aplikasi sembang sosial yang boleh digunakan mereka.
Terbaru adalah Microsoft kini menawarkan secara percuma pada semua pengguna bagi menggunakan servis Microsoft Teams.
Aplikasi ini dilihat bakal mencabar aplikasi popular WhatsApp kerana ia terdapat pelbagai ciri menarik yang mampu menandingi WhatsApp.
Kelebihan Microsoft Teams
Antara kelebihan utama yang ada pada aplikasi Microsoft Teams adalah sokongan sehingga 300 peserta panggilan video (khusus bagi sepanjang pandemik COVID-19), perkongsian fail sebesar 2GB, storan awan sehingga 10GB dan banyak lagi.
Versi percuma Microsoft Teams sudah pun boleh digunakan di platform Android, iOS, aplikasi komputer meja dan aplikasi web sejak 17 Mei lalu.
Untuk info lanjut, layari laman rasmi Microsoft Teams
Sumber: Microsoft
Baca juga:-