Apa itu Microsoft Rewards? Kenapa perkataan ini seperti tidak biasa didengari di Malaysia? Apakah fungsi dan kelebihannya? Adakah ianya sama seperti kad hadiah yang kebiasaanya dijual di kedai serbaneka?
Pertama sekali, Microsoft Rewards boleh ditafsirkan sebagai sebuah program kesetiaan di mana kita akan diberi mata ganjaran jika kita menggunakan perisian atau perkhidmatan daripada syarikat berkenaan. Jika mata sudahpun mencukupi, anda berpeluang menebus ganjaran mengikut mata yang diperlukan. Ganjaran yang boleh ditebus adalah mengikut syarikat yang memberi tawaran dan mengikut spesifikasi yang ditetapkan.
{suggest}
Dahulunya, Microsoft Rewards terasa asing sekali di Malaysia oleh kerana ia hanya terhad kepada beberapa buah negara. Kepada mereka yang mengetahui akan kewujudan sistem ini pasti akan berasa gembira apabila mengetahui bahawa program seperti ini kini memunculkan diri di Malaysia. Malah, menurut akaun Twitter Bing yang rasmi, lebih daripada 230 negara yang sudah mempunyai akses untuk program loyalti ini.
Malangnya buat masa ini, cara untuk menerima ganjaran dan ganjaran tebusan sangat terhad. Secara asasnya, kita hanya dapat melakukan tiga perkara sahaja untuk menerima ganjaran. Yang pertama adalah melakukan beberapa carian di Bing selain daripada Google. Kedua, anda juga boleh menggunakan pelayar Microsoft Edge dan terakhir menggunakan kotak carian Windows di mana anda akan mendapatkan beberapa hasil daripada Bing juga. Sayang sekali buat gamers di luar sana memandangkan di Malaysia, PC Game Pass masih lagi bukan salah satu cara untuk mendapatkan mata ganjaran.
Terdapat tiga sahaja ganjaran yang boleh ditebus buat masa ini. Untuk 1,500 mata, anda boleh menebus kad hadiah untuk League of Legends atau kod digital Roblox. Jika anda berasa murah hati, anda boleh menggunakan 1,ooo mata untuk membuat sumbangan pada Save the Children Fund sebanyak RM4.5o. Terdapat tiga pilihan untuk melakukan sumbangan iaitu UNICEF, CARE, dan International Rescue Committee. Akan tetapi, ketiga-tiga platform ini masih dilabel sebagai “akan datang”.
Foto utama: chrome store
Sumber: Lowyat.net