Microsoft telah melancarkan barisan produk pakaian terbaru mereka iaitu ‘Hardwear‘.
Koleksi pakaian terbaru itu meliputi topi, jaket, seluar dan. baju kemeja-T Windows XP.
Harga jualan bagi koleksi ini pula adalah bermula dari USD48.00 (~RM213.00) sehingga USD150.00 (~RM666.00).

Tetapi bagi anda yang mahukan koleksi selain Windows XP, anda juga boleh membeli pelbagai cendermata menarik bertemakan konsol permainan XBOX, judul permainan seperti HALO dan keluaran edisi-edisi terhad yang lain asli dari Microsoft.
Untuk melihat lebih banyak koleksi pakaian dan cenderamata dari Microsoft, layari laman rasmi Xbox Gear Shop.