Berkenaan dengan pengumuman yang dibuat dalam platform media sosial X oleh pengarah Microsoft Gaming, Phil Spencer, beliau menegaskan bahawa perbentangan lanjut tentang kemas kini perniagaan serta visi baharu Xbox akan dikongsikan pada minggu hadapan.
We're listening and we hear you. We've been planning a business update event for next week, where we look forward to sharing more details with you about our vision for the future of Xbox. Stay tuned.
— Phil Spencer (@XboxP3) February 5, 2024
Berdasarkan laporan yang dibuat oleh The Verge, antara inti pati yang akan dikemukakan dalam pengumuman itu adalah penawaran permainan Xbox ke platform PS5 dan Nintendo Switch.
Keputusan yang dibuat oleh pengarah Microsoft Gaming itu masih lagi belum diketahui tujuan sebenarnya yang di mana ia akan dikongsikan pada minggu hadapan.
Walau bagaimanapun, ia mungkin berkaitan dengan masa depan platform konsol Xbox.
Permainan eksklusif Xbox yang mungkin ditawarkan untuk PS5 adalah Hi-Fi Rush dan Indiana Jones and the Great Circle.
{suggest}
Sumber: Verge