Selepas berita syarikat Meta disaman oleh beberapa negeri di Amerika Syarikat pada tahun lepas mengenai isu penglibatan remaja dengan gejala kemurungan dan penggunaan media sosial yang terlalu kerap, Meta kini sedang mengusahakan alternatif baru bagi mencegah isu ini daripada berleluasa.
Topik ini juga telah dibangkitkan oleh pihak CNN selepas pemberitahuan tentang kaedah keselamatan baru bagi para remaja dikemukakan oleh pihak Meta baru-baru ini.
Antara pembaharuan yang dibangkitkan adalah penyekatan kandungan dan pencipta yang memaparkan kandungan berunsurkan perkara negatif.
Selain itu, Meta juga akan mengenalpasti golongan remaja yang menggunakan platform Instagram dan membuat sekatan carian kandungan sensitif secara automatik.
Seterusnya, pengguna di kalangan remaja akan dibekalkan dengan notifikasi pemberitahuan bagi menyelaraskan akaun mereka supaya tidak disalah guna dengan tetapan togol yang baharu.
Usaha ini dilakukan bagi mendapatkan semula kepercayaan ibu bapa dan penjaga terhadap servis yang ditawarkan oleh pihak Meta kepada ahli keluarga mereka.
Sumber: Meta