Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Mercedes-Benz EQS 500 Dipasang 100% Di Pekan, Pahang Mula Tersedia Mac Ini

Posted on Februari 16, 2023Februari 16, 2023

Mercedes-Benz telah melancarkan kereta elektrik sepenuhnya EQS 500 4MATIC yang pertama dipasang 100% (CKD) di Pekan, Pahang.

Kilang pemasangan di Pekan itu akan mula mengeluarkannya mulai pertengahan Mac ini.

500 4MATIC ini menggunakan kuasa setinggi 330kW dengan dwimotor elektrik dan mampu digunakan sejauh 695km.

Dengan harga RM50,000 lebih murah (atas jalan tanpa insurans) iaitu RM648,888 dan kuasa yang lebih tinggi, model dipasang di Malaysia ini akan menggantikan EQ 450 + AMG yang diimport sebelum ini.

May be an image of 1 person and indoor

Menurut Mercedes-Benz Malaysia, pengurangan ini adalah disebabkan perubahan spesifikasi dan cukai jualan sifar kerana ia dipasang sepenuhnya di sini.

May be an image of 3 people and indoor

Tengku Zafrul dalam acara sama berkata Malaysia berhasrat mencapai sekurang-kurangnya 10,000 unit pengecas kereta elektrik tersedia seluruh negara pada 2025.

May be an image of car, outdoors and text that says 'EQS 500'

{suggest}

Dalam pada itu. beliau juga menyambut baik usaha syarikat kereta itu membangunkan kilang model EV terbabit di Malaysia kerana ia selari dengan Dasar Automotif Negara (NAP) 2020 dan Pelan Tindakan Mobiliti Rendah Karbon kerajaan.

Maklumat lanjut boleh didapatkan melalui laman web Mercedes-Benz Malaysia.

Sumber: Paul Tan, Mercedes-Benz Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress