Sebelum ini telah dilaporkan bahawa Digital Nasional Berhad (DNB) mengumumkan pelaksanaan rangkaian 5G di Malaysia telah mencecah hampir 50% liputan di kawasan berpenduduk (COPA) pada akhir 2022.
Walaubagaimanapun Bernama hari ini melaporkan, Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil meminta pihak DNB menjelaskan bagaimana syarikat itu membuat kesimpulan tersebut.
Menerusi akaun Twitter rasminya beliau berkata, “…DNB perlu menjelaskan bagaimana mereka memperoleh angka tersebut. MCMC belum lagi menentusahkan maklumat ini”.
I think @DNB_Official must explain how they arrived at these figures.@MCMC_RASMI has not yet verified this info.
Next time I don’t think DNB should publish prior to verification. https://t.co/JHjCipq6LJ
— Fahmi Fadzil 🇲🇾 (@fahmi_fadzil) January 3, 2023
Dalam laporan sebelum ini, Ketua Pegawai Operasi DNB, Nasution Mohamed memaklumkan, liputan rangkaian 5G telah mencapai lebih 90% COPA di seluruh Kuala Lumpur, Putrajaya serta Selangor dan 50% di Johor, Melaka serta Negeri Sembilan.
Sementara negeri-negeri lain pula kini dalam pelbagai peringkat pelaksanaan dan akan turut mencapai pelaksanaan rangkaian penuh menjelang 2024 kelak.
{suggest}
Sumber: Bernama