Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Menteri Bakal Umum Inisiatif Baharu Perkhidmatan Jalur Lebar

Posted on Jun 29, 2022Jun 29, 2022

Dalam lawatan Menteri Komunikasi dan Multimedia ke pejabat Digital Nasional Berhad (DNB), Tan Sri Annuar Musa memaklumkan bahawa beliau akan mengumumkan beberapa inisiatif-inisiatif baharu bagi menambah baik perkhidmatan jalur lebar negara.

Pengumuman berkaitan perkara itu katanya akan diumumkan dalam tempoh masa terdekat ini juga.

Berkongsikan tentang lawatan beliau ke DNB, beliau menyatakan bagi lawatan tersebut adalah bagi mendapatkan status terkini pelaksanaan 5G negara oleh DNB.

MenKOMM melawat pejabat DNB untuk mendapatkan taklimat status terkini perlaksanaan projek 5G negara. pic.twitter.com/J6HzAMSK4E

— Annuar Musa (@AnnuarMusa) June 28, 2022

Sebelum ini telah dilaporkan hasil analisis OpenSignal yang menyatakan bahawa rangkaian 5G Malaysia telah bertambah baik secara keseluruhannya.

Malaysia kini di tangga kedua di dunia bagi kelajuan muat turun 5G selepas Korea Selatan dengan kelajuan muat turun mencecah 382.2Mbps.

Sumber: BERNAMA, Kelajuan Muat Turun Rangkaian 5G Malaysia Ke-2 Terpantas Di Dunia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress