Para peminat PUBG MOBILE kini sekali lagi digemparkan dengan khabar yang mereka akan berkolaborasi dengan salah satu siri animasi terkenal di Malaysia iaitu Mechamato dari Animonsta Studios.
Kerjasama antara dua syarikat ini telah pun bermula apabila disiar menerusi laman Facebook rasmi PUBG MOBILE mengenai peraduan yang menawarkan 25 orang peminat bertuah untuk datang ke sidang media PUBG MOBILE X Mechamato di MBO Cinemas Atria Shopping Gallery, Selangor pada 7 Disember 2023 ini.
Setiap peminat pula akan berpeluang untuk membawa 2 orang bersama mereka ke acara tersebut. Penyertaan tertakluk kepada terma dan syarat.
https://www.facebook.com/photo/?fbid=364208359594035&set=a.255420583806147
Selain daripada itu, pelancaran sebenar kolaborasi ini akan diumumkan pada musim cuti sekolah yang bertarikh 15 Disember 2023. Pihak PUBG MOBILE turut menyiarkan teaser terbaru mereka berkenaan dengan kerjasama ini di laman Facebook.
https://www.facebook.com/photo/?fbid=365411846140353&set=a.255420583806147
Untuk maklumat lanjut mengenai pelancaran PUBG MOBILE X Mechamato, anda boleh layari laman Facebook rasmi mereka serta Instagram, X dan YouTube PUBG MOBILE.
{suggest}
Sumber: Siaran Media PUBG MOBILE