Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Aktiviti ‘Cybertrooper’ Sebenarnya Jenayah Siber, Perlu Ada Cara Untuk Kawalnya

Posted on September 6, 2023September 7, 2023

Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA) mencadangkan supaya aktiviti cybertrooper atau tentera siber diselitkan ke dalam rangka kerja kawal selia platform digital bagi mengekang kegiatan jenayah siber.

{suggest}

Presiden MCCA, Siraj Jalil berkata cybertrooper yang digunakan pihak-pihak tertentu menjadi alat penyebaran berita palsu dan propaganda, selain untuk membunuh karakter individu tertentu serta menjatuhkan pesaing dengan kaedah ancaman.

Tidak hanya tertumpu hal yang berkaitan politik, ianya juga digunakan dalam sektor korporat.

Tambahnya, cybertrooper merupakan aktiviti jenayah siber dan berfungsi dalam satu sistem yang tersusun. Namun, Malaysia tidak mempunyai kaedah khusus bagi menanganinya, malah sekadar bersandar kepada Akta Hasutan, Akta Komunikasi dan Multimedia, selain Akta Jenayah Komputer sekiranya melibatkan godaman.

Terdahulu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menyatakan Malaysia mempertimbang untuk mengguna pakai rangka kerja kawal selia platform digital sebagaimana yang dilaksana di Australia dan Kanada.

Sumber: BERNAMA

Gambar utama: Yahoo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress