Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Maybank: Tiada Caj DuitNow QR Dikenakan Kepada Peniaga Buat Masa Ini

Posted on September 29, 2023September 29, 2023

PayNet dalam kenyataan semalam telah menjawab kekeliruan mengenai caj perkhidmatan DuitNow QR, yang akan dikenakan bermula 1 November depan.

Terbaharu, Maybank tampil menjelaskan pihaknya tidak akan melaksanakan apa-apa bayaran atau caj perkhidmatan yang berkaitan DuitNow QR pada masa ini.

{suggest}

Menurut Maybank, langkah ini akan berterusan sehingga dimaklumkan kelak.

Lanjutan itu, peniaga boleh terus menerima pembayaran DuitNow QR tanpa caj, seperti yang dilaksanakan sebelum ini.

Dalam pada itu, Maybank turut memaklumkan sebarang perubahan kelak akan diberitahu lebih awal kepada peniaga.

Sumber: Maybank

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress