Maybank kini memaklumkan perkhidmatan tambah nilai dan pembayaran terus berjumlah melebihi had harian RM250 melalui akaun Maybank2u akan tergendala buat sementara waktu bermula hari ini, 10 Julai 2023.
{suggest}
Menurut Maybank, antara platform yang dipautkan kepada akaun Maybank2u yang terlibat termasuk:
- Shopee
- GrabPay
- FavePay
- LazadaWallet
- WePost
- MyRapid Tap
Maybank menyatakan pihaknya akan memaklumkan sebaik sahaja perkhidmatan tambah nilai dan bayaran terus berjumlah melebihi had harian RM250, akan kembali tersedia.
Sumber: Maybank