Baru-baru ini, seorang kakitangan cawangan Maybank Kampung Baru berjaya menghalang penipu (scammer) dan menyelamatkan seorang pelanggan yang dikenali sebagai Fatimah, hampir kehilangan RM150,000 terhadap individu yang menyamar sebagai pegawai agensi penguatkuasaan.
Fatimah, 57, seorang penjawat awam yang hampir terkena penipuan transaksi tanpa kebenaran dan aktiviti akaun keldai haram. Pemanggil tersebut mengatur strategi dengan memanipulatif menjadi individu agensi penguatkuasaan dan kawal selia, termasuk Polis Diraja Malaysia dan Bank Negara Malaysia.
Oleh itu, Maybank memberi penekanan supaya pengguna lebih berhati-hati dengan taktik penipuan. Jadi, Maybank turut memberikan tips sebagai inisiatif bagi melawan penipuan dari berleluasa.
{suggest}
Pada tahun 2023, Maybank berjaya melindungi pelanggan daripada kerugian RM6.4 juta akibat penipuan kewangan.
Bagi mempertahankan diri daripada penipuan, pelanggan digalakkan untuk sentiasa berwaspada dan mematuhi amalan berikut:
- Berhati-hati dengan panggilan atau mesej daripada orang yang tidak dikenali.
- Jangan sekali-kali mendedahkan butiran perbankan anda.
- Jangan pindahkan dana ke akaun yang tidak diketahui.
Hubungi Pusat Respon Scam Kebangsaan di 997 atau talian 24/7 Hotline Fraud Maybank di 03-5891 4744 untuk bantuan.
Orang ramai boleh melayari laman web rasmi Maybank Security Tips dan Pusat Anti-Scam Kebangsaan.
Sumber: Siaran Media Maybank Malaysia