Nokia 9 PureView telah dipertontonkan kepada umum semasa acara MWC 2019 di Barcelona, Februari lalu.
Di sebalik kualiti yang ada pada kameranya, peranti ini turut dikatakan memiliki beberapa masalah antaranya pada imbasan cap jari serta sistem operasinya.
Update:
Camera firmware, touch panel firmware as well as the camera app versions are all updated. Testing now…— TechAltar (@TechAltar) April 18, 2019
Akan tetapi menurut laporan Nokiamob, dua masalah itu telah diselesaikan melalui kemaskini Android 9 Pie yang telah mula tersedia ketika ini.
Selain itu, kemaskini ini juga bakal membaik pulih perisian dan aplikasi kamera peranti yang dikatakan agak perlahan atau lagging sebelum ini.
Nokia 9 PureView sebelum ini didakwa akan dibawa masuk ke pasaran Malaysia pada April, namun sehingga kini Nokia Malaysia masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenainya.
Sumber: Nokiamob