Dalam satu perkongsian di Facebook, Mark Zuckerberg telah memuat naik gambar papan iklan Meta di bandar New York dengan mempromosikan WhatsApp. Melalui hantaran itu, Zuckerberg mendakwa WhatsApp jauh lebih privasi dan selamat berbanding iMessage yang merupakan aplikasi pemesejan Apple.
{suggest}
Mengulas lanjut, Zuckerberg menyatakan WhatsApp jauh lebih baik untuk pengguna yang mementingkan privasi kerana ia mempunyai penyulitan hujung ke hujung untuk perbualan dan sandaran (backups).
Selain itu, WhatsApp juga mempunyai keupayaan untuk menetapkan mesej menghilang (disappearing message) selepas tempoh tertentu serta ketersediaannya merentas kedua-dua peranti iPhone dan Android. Sebaliknya, iMessage pula tidak mempunyai ciri privasi seperti itu.
Selain Zuckerberg, Ketua Bahagian WhatsApp Will Cathcart turut membuat ciapan di Twitter dengan mengulas lebih lanjut mengenai perkara berkenaan.
And last year we introduced end-to-end encryption for backups, so you can choose to encrypt the WhatsApp messages you back up to iCloud without having to worry about Apple having access to them. Apple doesn’t offer end-to-end encrypted backups for SMS or iMessage.
— Will Cathcart (@wcathcart) October 17, 2022
Bukan perkara baru, Apple dan Meta mempunyai persaingan yang berterusan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Sebelum ini, Meta juga lantang bersuara apabila Apple memperkenalkan dasar App Tracking Transparency (ATT), yang memerlukan aplikasi meminta persetujuan pengguna sebelum menjejakinya merentas aplikasi dan laman web yang dimiliki oleh syarikat lain.
Sumber: Mark Zuckerberg, Will Cathcart