Penjaga gol pemenang Piala Dunia Jerman dan kapten Bundesliga FC Bayern Munich, Manuel Neuer telah menandatangani kempen ‘BEYOND GLORY’ UEFA EURO 2024.
Beliau telah menjadi duta kempen untuk Hisense secara rasmi. Kempen ‘BEYOND GLORY’ ini dijayakan bersempena untuk kecemerlangan pemain bola sepak profesional terhadap penghormatan EURO.
Bukan itu sahaja, kempen ini juga mempunyai tujuan yang tersendiri yang mana Hisense ingin meningkatkan lagi teknologi dengan kualiti yang baik.
Sebagai rakan kongsi rasmi UEFA EURO 2024 dan perintis dalam teknologi paparan, Hisense menawarkan kehidupan pintar melalui produk TV dan peralatan rumah yang canggih.
Hisense yang selasa berkerjasama dengan UEFA EURO telah menjadikan ini peluang ketiga secara berturut-turut untuk mereka berkerjasama dengan jenama ini.
{suggest}
Sumber: Siaran Media Hisense Malaysia