Datum ClearMind melancarkan Aplikasi Perkhidmatan Maney yang memudahkan pengguna mencari perkhidmatan yang boleh dipercayai.
Kewujudan Maney adalah untuk kekal dalam menyelesaikan masalah yang dilalui oleh kedua-dua pihak; iaitu penyedia perkhidmatan dalam menjana keuntungan dan pengguna yang mencari perkhidmatan bagi menjimatkan wang – seperti yang dicadangkan oleh Maney.
“Maney berusaha untuk mewujudkan platform ekosistem yang adil untuk kedua-dua pengguna (pembeli) dan penjual,” Davis Tan; Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Datum ClearMind.
Pada masa ini, Maney berada dalam Fasa 1 iaitu menjemput penyedia perkhidmatan untuk memperolehi mengakses lebih awal; dan memberi peluang membentuk aplikasi ini.
Sasaran utama Maney melalui Fasa 1 ini ialah membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) menjana keuntungan di dalam sebahagian daripada jangkaan USD 1 trilion yang dijangkakan di Asia Tenggara menjelang 2030.
Maney kini menjemput semua pembekal perkhidmatan (perniagaan) untuk bersama-sama menerokai peluang ini dan meningkatkan tawaran perkhidmatan mereka dengan menghubungi pasukan Maney melalui e-mel kepada [email protected].
Aplikasi Maney tersedia dimuat turun untuk telefon pintar Android dan iOS.
Untuk info lanjut, layari laman rasmi https://maney.app/.
{suggest}
Sumber: Siaran media Datum ClearMind