Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang memaklumkan, Malaysia sedang meneroka peluang ekonomi baharu dalam sektor industri angkasa lepas menerusi pembangunan kemudahan pelancaran angkasa lepas.
Pembangunan tapak pelancar roket ini akan dilaksanakan di bawah Pelan Tindakan dalam Dasar Angkasa Negara (DAN 2030).
Beliau berkata, negara perlu menyediakan infrastruktur kritikal fasiliti pelancar seperti landasan pelancaran (launch pad), menara pelancaran dan sistem kawalan, stesen integrasi pelancaran roket, fasiliti kawalan misi, sistem komunikasi dan gudang penyimpanan bahan bakar.
“Dianggarkan penglibatan kerajaan akan menyumbang kepada pembangunan ekonomi angkasa dengan nilai RM10 bilion menjelang 2030, di samping pertumbuhan 500 syarikat pemula teknologi berkaitan angkasa, seterusnya mewujudkan 5,000 peluang pekerjaan yang akan dibangunkan oleh Agensi Angkasa Malaysia (MYSA).” Chang Lih Kang.
Faktor keunikan geografi Malaysia yang terletak berhampiran garisan Khatulistiwa, dapat memberikan kelebihan kepada negara untuk membina perkhidmatan fasiliti pelancar dengan kos operasi yang jauh lebih kompetitif.
Jika direalisasikan, kemudahan yang dibangunkan itu nanti akan menjadi yang ke-16 di dunia dan akan meletakkan Malaysia menjadi negara kesembilan memiliki fasiliti tersebut.
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah pun melancarkan Garis Panduan Kajian Kebolehlaksanaan Pembangunan Kemudahan Pelancar.
{suggest}
Sumber: FB Chang Lih Kang