Dalam Laporan Kebahagiaan Dunia 2023 yang diterbitkan oleh Rangkaian Penyelesaian Pembangunan Mampan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Malaysia telah diletakkan di tangga ke-55 sebagai negara paling bahagia daripada 137 buah negara.
Kedudukan itu sekaligus mengatasi negara jiran yang lain iaitu Thailand (60), Vietnam (65) dan Indonesia (84).
Sementara Singapura pula berada dikedudukan ke-25 dalam laporan tersebut.
5 Negara teratas yang diundi sebagai paling bahagia adalah Finland (1), Denmark (2), Iceland (3), Israel (4) dan Belanda (5).
Tahap kebahagian di sesebuah negara itu diukur berdasarkan 6 faktor iaitu kuasa membeli, sokongan sosial, kesihatan, kebebasan memilih kehidupan, kemurahan hati, persepsi salah laku (korupsi) dan distopia.
Kedudukan negara-negara paling bahagia 2023 itu dibuat berdasarkan kepada Penilaian Hidup yang dibuat antara tahun 2020 hingga 2022.
{suggest}
Sumber: The World Happiness Report