Promosi sebelum kemunculan judul permainan baru Half-Life: Alyx VR.
Platfom servis permainan komputer, Steam telah menawarkan kepada para pemain berdaftar untuk memainkan permainan popular, Half-Life secara percuma.
Tidak terhad hanya pada judul permainan itu sahaja, malah kesemua siri permainan Half-Life termasuklah Half-Life, Half-Life 2, Half-Life 2: Episode One dan Half-Life 2: Episode Two boleh dimainkan secara percuma di platfom tersebut hingga Mac 2020 nanti.
Ia adalah sebagai promosi sebelum kemunculan judul baru dalam siri Half-Life iaitu Half-Life: Alyx yang dijangka akan ditawarkan di platfom Steam dalam bulan Mac nanti.
Judul siri baru Half-Life: Alyx itu berkisar sebelum siri Half-Life 2. Walaubagaimanapun, ia berkongsi karektor dan elemen penceritaannya mempunyai kaitan dengan siri Half-Life 2 dan siri selepasnya.
Untuk info lanjut tentang promosi serta spesifikasi yang diperlukan bagi memainkan siri permainan Half-Life ini, sila layari laman rasmi Steam.