MAE daripada Maybank menjadi platform terbaru yang umumkan sokongan pembayaran kod QR melalui NETS (Singapura), PromptPay (Thailand) dan QRIS (Indonesia).
Ini selepas Hong Leong dan BigPay turut sama telah umumkannya sebelum ini.
Pembeli
Justeru, anda kini boleh imbas kod QR peniaga di 3 negara tersebut daripada aplikasi MAE untuk buat pembayaran.
Masukkan saja nilainya, kadar tukaran dalam mata wang tempatan akan dipaparkan pada skrin.
Diingatkan, had transaksi harian secara lalai ialah RM1000 tapi anda boleh ubahnya.
Peniaga
Jika anda peniaga pula, pelancong daripada negara-negara tersebut juga boleh imbas kod QR DuitNow anda buat bayaran.
Senarai bank asing yang sokong DuitNow QR di kedai anda boleh dirujuk di SINI.
{suggest}
Kod QR rentas negara
Untuk makluman, negara-negara Asia Tenggara telah sepakat melalui bank pusat masing-masing untuk menyokong kod QR yang dikeluarkan negara masing-masing.
Usaha ini telah dijalankan beberapa tahun lalu dan kini akhirnya tersedia untuk pengguna.
Negara-negara lain seperti Filipina juga mungkin akan turut umumkan ketersediaannya kelak.
Ia amat bermanfaat untuk pelancong dan peniaga tempatan kerana memudahkan urusan terutama sekali dari aspek pertukaran mata wang.
Sumber: Maybank