Machines hari ini telah melancarkan cawangan baharu Apple Premium Partner (APP) Store di Suria KLCC yang menjadikan ia sebagai cawangan kelima di seluruh Malaysia.
Selain daripada tampil sebagai pembekal produk-produk daripada Apple sahaja, cawangan Machines yang terbaru ini hadir dengan ruang bengkel bagi menunjukkan serta demonstrasi kegunaan produk Apple kepada pelanggan.
Perkara ini dilaksanakan dengan tujuan memberi peluang kepada para pelanggan mencuba barangan Apple serta fungsi dalaman yang ditawarkan sebelum membelinya.
{suggest}
Tambahan lagi, cawangan Machines ini akan mengadakan kempen pembukaan yang menawarkan beberapa ganjaran dan aktiviti bersama tetamu jemputan daripada 5 hingga 30 April 2024.
Beli produk Apple di:
Shopee – https://invl.io/clkykhz
Lazada – https://invol.co/clkyki1
Sumber: Siaran Media Machines