Apple dijangka akan beralih daripada panel mini-LED kepada paparan OLED untuk barisan model MacBook Pro pada tahun-tahun akan datang.
Malah Apple juga dikhabarkan akan membawa keupayaan skrin sentuh kepada model OLED MacBook Pro seawal 2026 nanti.
Khabar angin ini dikongsi oleh @Tech_Reve yang turut mencadangkan Apple mungkin akan mengeluarkan model OLED MacBook Pro dalam saiz 14.2 inci dan 16.2 inci dengan teknologi paparan skrin sentuh.
๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ณ ๐ข๐๐๐ ๐ ๐ฎ๐ฐ๐๐ผ๐ผ๐ธ ๐๐ถ๐น๐น ๐ต๐ฎ๐๐ฒ ๐๐ผ๐๐ฐ๐ต๐๐ฐ๐ฟ๐ฒ๐ฒ๐ป
1. Apple is expected to introduce a display-integrated touchscreen technology in the OLED MacBook anticipated to be released in 2026โ2027.
2. The OLED MacBook Pro, expected to be released in 14.2-inch andโฆ pic.twitter.com/rCq7XknIqq
— Revegnus (@Tech_Reve) November 20, 2023
Menurut Revegnus, teknologi paparan skrin sentuh OLED untuk model MacBook Pro sedang dibangunkan oleh Samsung dan LG, masing-masing dinamakan ‘Y-OCTA‘ dan ‘Touch On Encapsulation‘.
Teknologi yang dibangunkan itu turut akan menghasilkan panel yang lebih nipis dengan kos pembuatan dan bekalan yang lebih rendah.
Pada masa ini, produk Apple yang menggunakan paparan mini-LED adalah iPad Pro 12.9 inci, MacBook Pro 14-inci dan 16-inci.
{suggest}
Sumber: wccftech