Sesiapa sahaja pasti akan terkejut apabila sebuah syarikat kosmetik, L’Oreal memunculkan diri di CES 2023.
Apa yang lebih mengejutkan adalah syarikat tersebut mengeluarkan sebuah pencetak di mana akan mencetak solekan kening.

L’Oreal Brow Magic merupakan sebuah pencetak di mana akan mencetak solekan kening tanpa perlu menggunakan batang maskara ataupun berus. Pencetak ini akan menghasilkan solekan kening yang lebih kemas dan tepat dalam jangka masa yang singkat.
Ini merupakan kerjasama antara L’Oreal dan Prinker, sebuah syarikat yang menghasilkan pencetak tattoo sementara pada kulit.
Pencetak ini akan mencetak solekan tersebut melalui 2,400 muncung kecil dan menghasilkan resolusi 1,200 dpi. Pengguna boleh memilih bentuk, warna dan ketebalan melalui aplikasi Brow Magic.
L’Oreal Brow Magic menggunakan teknologi alat solek yang dikuasai oleh ModiFace A.I melalui kamera pada telefon pintar. Teknologi ini akan digunakan jika pengguna ingin membuat sebarang cadangan yang diubah suai untuk mendapatkan kesan seperti micro-blading atau micro-shading.

Sebelum mencetak, pengguna perlu meletakkan primer pada bulu kening terlebih dahulu. Ini merupakan langkah yang sama diambil semasa menggunakan Prinker S’s Tattoo sebelum mengerakkannya di atas permukaan kulit.
Pengguna hanya perlu mengerakkan sekali sahaja pada bulu kening tersebut dan terhasilnya solekan kening yang mudah dan cantik. L’Oreal menyarankan pengguna untuk menyapu top coat terlebih dahulu sebelum mencetak.
{Suggest}
Jangan risau jika tersilap kerana pengguna boleh memadamnya dengan penanggal solek yang biasa sahaja.
L’Oreal tidak mendedahkan harga mahupun tarikh pelancaran rasminya namun produk ini dijangka akan keluar pada tahun ini juga.
Sumber: Digital Trends
Gambar Utama: Digital Trends