Logitech menerusi jenama Logitech G melancarkan barisan Siri PRO terbaru mereka iaitu Papan Kekunci Permainan Logitech G PRO X TKL LIGHTSPEED dan Tetikus Permainan Logitech G PRO X SUPERLIGHT 2.
Perkakasan berprestasi ini adalah hasil daripada kerjasama Logitech dengan ratusan atlet e-sukan profesional paling mahir di dunia sepanjang 3 tahun lalu.
Antara ciri utama Papan Kekunci Permainan Logitech G PRO X TKL LIGHTSPEED ini adalah Kekunci Hibrid LIGHTFORCE, teknologi kekunci optik-mekanikal hibrid baharu.
Manakala Tetikus Permainan Logitech G PRO X SUPERLIGHT 2 pula dilengkapi Sensor HERO 2 serba baharu dengan kemampuan menjejak lebih 500 inci sesaat dan sehingga 32,000 DPI.
Papan kekunci permainan wayarles PRO X TKL dijual pada harga RM799 dan tetikus permainan PRO X SUPERLIGHT 2 pula berharga RM689.
Pelancaran produk baharu ini sekaligus melengkapkan barisan siri PRO di mana Set Kepala Permainan Logitech G PRO X 2 LIGHTSPEED telah pun dilancarkan pada awal tahun ini yang berharga RM1,099.
Kesemua produk terbaru Logitech ini sudah pun ditawarkan di stor rasmi Logitech di Shopee dan Lazada.
{suggest}
Sumber: Siaran media Logitech