Liputan rangkaian 5G di Malaysia kini mencapai 73% kawasan berpenduduk.
{suggest}
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata berdasarkan maklum balas daripada Digital Nasional Berhad (DNB), kerajaan berada di landasan tepat dalam memastikan sasaran 80% kawasan berpenduduk mendapat liputan rangkaian 5G menjelang akhir tahun ini.
Walaupun hanya berbaki 7% untuk mencapai sasaran itu, Fahmi menjelaskan terdapat beberapa isu dibangkitkan oleh DNB. Antaranya termasuk masalah tanah yang perlu diselaras dengan pihak berkuasa tempatan.
Bagi menyelesaikan isu berbangkit, beliau berkata pihaknya telah meminta Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din untuk mengadakan pertemuan dengan pihak terlibat.
Sumber: BERNAMA