Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil mengesahkan bahawa liputan 5G setakat April sudah mencapai 59.5% kawasan berpenduduk seluruh Malaysia.
Di Sarawak pula, ia sudah mencapai 34% dan ia belum memadai, tambah beliau.
Jika anda ketinggalan, Kerajaan telah mengumumkan model dwirangkaian untuk pelaksanaan 5G di mana DNB akan melengkapkan liputan 5G di 80% kawasan berpenduduk seluruh Malaysia.
Ia dijangka siap penghujung tahun ini. Selepas itu, akan ada entiti baharu yang akan membangunkan 5G. DNB pula akan diswastakan sepenuhnya, menurut Dato’ Mohd Ali Hanafiah.
{suggest}
Akan tetapi, sedikit ganjil kerana entiti baharu kelak akan bermula dengan 0%, bukannya menyambung 80% liputan yang sudah disiapkan DNB tadi.
Dalam perkembangan lain, peta DNB juga kini sudah kembali aktif. Fahmi baru-baru ini memberi jaminan bahawa rangkaian yang sudah dibina DNB
Sumber: BERNAMA