Susulan letusan gunung berapi yang berlaku di Gunung Ruang, Indonesia, Malaysia Airlines dan AirAsia mengumumkan pembatalan bagi beberapa penerbangan di antara Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KUL) dan Sabah/Sarawak pada 18 April 2024.
{suggest}
Malaysia Airlines
Berikut merupakan antara penerbangan yang terjejas bagi Malaysia Airlines:
Sabah-K/KL-Sabah
- MH7420 (KUL-TWU)
- MH7421 (TWU-KUL)
- MH2612 (KUL-BKI)
- MH2621 (BKI-KUL)
- MH2710 (KUL-SDK)
- MH2711 (SDK-KUL)
- MH2610 (KUL-BKI)
- MH2611 (BKI-KUL)
- MH7404 (KUL-BKI)
- MH7405 (BKI-KUL)
- MH2613 (BKI-KUL)
Sarawak-KL/KL-Sarawak
- MH2520 (KUL-KCH)
- MH2513 (KCH-KUL)
- MH2542 (KUL-KCH)
- MH2543 (KCH-KUL)
- MH2574 (KUL-MYY)
- MH2575 (MYY-KUL)
- MH2742 (KUL-BTU)
- MH2743 (BTU-KUL)
Pelanggan Malaysia Airlines yang terjejas dan ingin menjadualkan semula penerbangan boleh berbuat demikian melalui ‘My Booking’.
Important Notice: Cancellation of flights on 18 April 2024 due to Mount Ruang volcanic eruption
Due to a volcanic eruption that occurred at Mount Ruang, Indonesia, Malaysia Airlines will be cancelling several flights to/from KL International Airport (KUL) to Sabah and Sarawak…
— Malaysia Airlines (@MAS) April 18, 2024
Dalam pada itu, Malaysia Airlines menyatakan kemas kini mengenai pembatalan penerbangan akan dilakukan dari semasa ke semasa serta dimaklumkan terus kepada pelanggan yang terjejas.
AirAsia
Berikut merupakan senarai penerbangan AirAsia yang terjejas:
Selain itu, AirAsia juga telah menghantar notifikasi pembatalan penerbangan kepada pelanggan yang terjejas – melalui e-mel dan telefon bimbit berdaftar.
Pengguna juga disarankan menyemak status penerbangan terkini di airasia.com/flightstatus.
Bagi penerbangan yang dibatalkan, AirAsia menyediakan pilihan sama ada menukar tarikh penerbangan (dalam tempoh 30 hari dari jadual asal) atau menggantikan dengan Akaun Kredit (boleh ditebus dalam tempoh 2 tahun).
Sumber: Malaysia Airlines, AirAsia
Gambar utama: AFP