Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Lebuhraya DASH Dibuka Mulai Esok, Tol Percuma Sehingga 30 November

Posted on Oktober 13, 2022

Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob hari ini telah merasmikan Lebuhraya Bertingkat Damansara – Shah Alam (DASH) yang akan dibuka kepada pengguna bermula 14 Oktober 2022, jam 12 tengah malam.

Perdana Menteri turut mengumumkan pengguna Lebuhraya DASH akan menikmati tol percuma sehingga 30 November 2022.

{suggest}

Dalam pada itu, Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) juga mengingatkan walaupun percuma, palang di lorong TNG plaza tol hanya akan terbuka apabila pengguna menyentuh kad TNG.

pic.twitter.com/sRAeat1JUw

— DASH Expressway (@myDASHofficial) October 13, 2022

Untuk makluman, Lebuhraya DASH dengan panjang keseluruhan 55.4km menghubungkan pengguna dari Puncak Perdana ke Penchala dan menjadi lebuh raya pertama di Malaysia yang mempunyai reka bentuk struktur unik penghadang bunyi kepungan penuh.

Dengan menggunakan lebuhraya ini, ia dijangka mampu mengurangkan masa perjalanan dari Puncak Perdana, Shah Alam ke Penchala, Kuala Lumpur daripada 90 minit ke 30 minit.

Sumber: PROLintas

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress