WhatsApp telah mengeluarkan kemas kini baharu untuk pengguna beta Android mencubanya.
Kemas kini tersebut mengandungi ciri baharu di mana pengguna boleh merakam suara untuk muat naik status di WhatsApp.

Seperti yang tertera di tangkapan skrin oleh WABetaInfo, beberapa pengguna beta akan boleh berkongsi nota suara di status WhatsApp.
Had maksimum yang diberikan untuk pengguna merakam ialah 30 saat sahaja. Pengguna juga mempunyai pilihan untuk memadam semula rakaman itu sebelum dimuat naik.
Rakaman audio ini akan hilang selepas 24 jam sama seperti muat naik video atau imej.
Privasi pengguna masih lagi terjaga kerana muat naik itu hanya akan dilihat oleh yang terpilih sahaja.
{suggest}
Kemas kini baharu ini hanya tersedia untuk beberapa pengguna beta sahaja. Pengguna perlu muat turun versi beta terbaru ini di Google Play Store dan akan tersedia secara meluas tidak lama lagi.
Sumber: WABetaInfo