Google Map kini telah membawa kecerdasan buatan ke dalam pembaharuan ‘Immersive View‘ dan ‘Live View‘ dengan ciri terbaru khas untuk pejalan kaki dan juga kegunaan umum.
Pembaharuan ini akan menjadikan kita berada di sesuatu tempat itu dengan menggunakan imej daripada kecerdasan buatan yang membekalkan maklumat seperti cuaca, keadaan lalu lintas dan kesibukan sesuatu tempat itu.
Pembaharuan ini membolehkan anda untuk melihat hampir keseluruhan sesuatu bangunan dari jarak jauh serta peluncur masa yang berfungsi untuk menunjukkan suasana kawasan pada masa yang berbeza dan keadaan cuaca dalam masa satu hari.
Dalam pada itu, anda juga mampu melihat suasana dalaman sesuatu restoran itu sebelum pergi restoran tersebut untuk makan ataupun membuat tempahan.
Pihak Google menggunakan medan sinar saraf (NeRF), teknik kecerdasan buatan dan mengubah gambar biasa kepada bentuk 3D untuk mencipta suasana dalaman sesuatu lokasi itu.
NeRF memainkan peranan untuk mencipta semula konteks penuh sesuatu tempat itu dengan mengubah pengcahayaan persekitaran, tekstur bahan dan objek di latar belakang gambar.
Pembaharuan ini telah dilaksanakan di kawasan London, Los Angeles, New York, San Francisco dan Tokyo dan dijangka berkembang untuk Amsterdam, Dublin, Florence dan Venice dalam beberapa bulan.
Di samping itu, anda juga boleh membuat carian lokasi dengan menggunakan ‘Live View‘ yang telah disokong oleh kecerdasan buatan hanya dengan mengangkat telefon pintar semasa berada di jalanan.
Sebelum itu, anda perlu menekan ikon kamera di sebelah ikon profil di aplikasi Google Maps. Dengan ini, anda boleh tahu dengan lebih mudah keberadaan ATM, restoran, stesen keretapi dan lain-lain serta panduan untuk ke lokasi tersebut.
{suggest}
Sumber: Google Blog