Maybank kini memaklumkan lebih banyak transaksi akan memerlukan pengesahan Secure2u pada aplikasi MAE, berkuat kuasa 14 Mac 2023.
{suggest}
Menurut Maybank, langkah ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan pihaknya untuk meningkatkan tahap keselamatan perbankan dalam talian.
Berkuat kuasa 14 Mac 2023, berikut merupakan transaksi yang memerlukan pengesahan Secure2u:
Tetapan (Settings)
- Kemas kini alamat pada bahagian Maklumat Perhubungan
- Kemas kini alamat e-mel pada bahagian Maklumat Perhubungan
- Kemas kini nombor telefon pada bahagian Maklumat Perhubungan
- Tukar/Tetapkan Soalan Keselamatan
Simpanan Tetap (Fixed Deposit)
- Tambah Simpanan Tetap
- Urus Simpanan Tetap
Tabung Haji
- Edit ‘Favourite’ Pemindahan Tabung Haji Pihak Ketiga
- Padam ‘Favourite’ Pemindahan Tabung Haji Pihak Ketiga
Pembayaran & Pemindahan
- Pembayaran secara one-off kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN)
- Pembayaran secara one-off kepada Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK)
- Pembayaran secara one-off kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Pemindahan Luar Negara
- Edit ‘Favourite’ Pemindahan Dana Luar Negara
Kad Kredit
- Aktifkan Kad Kredit
- Tukar/Tetapkan Pin Kad Kredit
- Mohon Pindahan Baki/-i
Dalam pada itu, Maybank menjelaskan sekiranya pengguna masih menggunakan Secure2u pada aplikasi M2U MY, transaksi masih boleh disahkan seperti biasa.
Sumber: Maybank