Samsung merupakan nama besar selaku pemacu industri dalam arena peranti boleh-lipat.
Tahun ini sahaja pengguna sudah menyaksikan 2 model utama dalam portfolio boleh-lipat iaitu Galaxy Z Flip dan Galaxy Z Fold 2.
Menuju 2021, Samsung memberi bayangan awal bahawa akan lebih banyak peranti boleh-lipat akan muncul yang meliputi harga jualan lebih rendah.
Ini merupakan berita yang baik berikutan peranti boleh-lipat paling murah mereka setakat ini iaitu Galaxy Z Flip masih lagi tinggi pada harga RM5,888.
Melalui kenyataan dari Presiden Samsung Mobile, TM Roh, beliau mengatakan lebih banyak telefon Samsung pada 2021 akan mempunyai ciri seperti S Pen.
Beliau juga turut menambah pada tahun 2021, fokus utama akan diberikan kepada teknologi dan kemampuan kamera termasuk juga rakaman video bertaraf professional.
Sumber: Samsung