Redmi telah memperkenalkan dua model, Note 7 dan Note 7 Pro sejak menjadi sub-jenama baru di bawah jenama Xiaomi.
Model pertama mereka, Redmi Note 7 telah pun mula dijual di pasaran India pada 6 Mac yang lalu selepas dilancarkan pada 28 Februari lepas.
Peranti tersebut ternyata mendapat sambutan hangat di negara berkenaan apabila Xiaomi mengumumkan lebih 200,000 unit telah terjual hanya dalam tempoh beberapa minit sahaja.
#RedmiNote7: we had produced 200K+ units till this week, all of which went out of stock in just a few mins yesterday! ?
We are working with our factories to further increase production. Bigger volume for #RedmiNote7 & #48MP #RedmiNote7Pro going on sale next week on March 13. ? pic.twitter.com/NVMGvmIbao
— Manu Kumar Jain (@manukumarjain) March 7, 2019
Bagaimanapun, mereka tidak memberitahu secara tepat mengenai tempoh masa sebenar yang dimaksudkan.
Redmi Note 7 hadir dengan beberapa ciri menarik seperti penggunaan lensa 48MP pada kamera utama serta cip Snapdragon 660 selain harganya yang mampu milik.
Sementara itu, Redmi Note 7 akan diperkenalkan di Malaysia pada 19 Mac ini dan ia menimbulkan tanda tanya samada ia adalah model Note 7 dengan sensor Samsung ISOCELL GM1 ataupun sebenarnya Note 7 Pro dengan sensor Sony IMX586.
Segala akan terjawab pada majlis pelancarannya yang bakal diadakan di Kuala Lumpur nanti. Sams-sama kita nantikan.
Sumber: @manukumarjain via GizmoChina