Pada awal tahun yang lepas, ASUS ROG telah mengeluarkan beberapa produk komputer riba yang terbaru. Namun, ada juga yang diantaranya menerima penambahbaikan dan kini dua daripadanya telah tersedia untuk pasaran Malaysia.
Produk komputer riba itu adalah ASUS ROG Zephyrus G14 (2024) dan ASUS TUF Gaming A15 (2024).
ROG Zephyrus G14 (2024)
Komputer riba ini dikuasakan oleh cip pemprosesan AMD Ryzen 9 8945HS dan juga tersedia dengan dua pilihan GPU iaitu RTX 4060 dan RTX 4050.
Selain itu, memori tampil dengan dua pilihan iaitu 12GB RAM dan 32GB RAM serta mempunyai storan 1TB.
Harganya adalah seperti di bawah.
- ROG Zephyrus G14 (2024) (RTX 4060, 32GB RAM + 1TB) = RM8,999
- ROG Zephyrus G14 (2024) (RTX 4050, 16GB RAM + 1TB) = RM7,999
Model ROG Zephyrus G14 (2024) ini telah tersedia mulai 8 Februari 2024 di laman web rasmi ASUS Malaysia.
ASUS TUF Gaming A15 (2024)
Untuk model TUF ini pula, ia juga dikuasakan dengan cip pemprosesan yang sama iaitu AMD Ryzen 9 8945HS serta hadir dua pilihan kad grafik iaitu RTX 4070 dan RTX 4060.
Model ini juga tiba dengan memori 16GB RAM dan storan 1TB.
Tambahan lagi, panel skrin untuk model GPU RTX 4070 adalah skrin QHD 165Hz dan model GPU RTX 4060 menggunakan skrin FHD 144Hz.
Harga untuk TUF Gaming A15 ini adalah seperti di bawah.
- ASUS TUF Gaming A15 (2024) (RTX 4070, 16GB RAM + 1TB) = RM6,999
- ASUS TUF Gaming A15 (2024) (RTX 4060, 16GB RAM + 1TB) = RM6,499
Model ini dikatakan akan tiba pada pertengahan bulan Februari 2024.
Gambar di bawah adalah spesifikasi penuh bagi kedua-dua model komputer riba di atas.
Beli produk ASUS di Shopee – https://invl.io/clkpk5f
Beli produk ASUS di Lazada – https://invol.co/clkpk5g
{suggest}
Sumber: Siaran Media ASUS ROG Malaysia