Menteri Pengangkutan Anthony Loke hari ini berkata Prasarana memang diwajibkan mengeluarkan laporan setiap minggu berhubung kualiti perkhidmatan mereka.
Kementerian dengan Prasarana juga sedang berbincang berkenaan penetapan sasaran (KPI) terhadap syarikat itu. KPI ini nanti akan dikongsikan pada awam agar semua pihak boleh memantau prestasi Prasarana.
Beberapa perkara sedang dibincangkan antara kementerian dan syarikat itu dan ia akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.
Memang sekarang ini kita tahu bahawa hampir setiap bulan ada beberapa kali gangguan berlaku, di LRT dan MRT kita, jadi itu mesti dikurangkan dari semasa ke semasa.
Laporan dengan KPI mingguan tersebut akan dikongsi pada awam.
Antara KPI ditekankan oleh Anthony Loke termasuklah kerosakan dan gangguan yang dihadapi pengguna termasuklah lif dan eskalator yang rosak.
{suggest}
Sumber: The Star
Gambar utama: Rapid KL