Kepada anda yang berasa risau sekiranya PC Windows anda telah dimasuki oleh perisian hasad ataupun Malware, berikut kami kongsikan tindakan yang boleh dilakukan untuk mengesan isu tersebut.
Pertama sekali putuskan sambungan internet pada PC tersebut.
Kemudian buka aplikasi Windows Security.
Pilih menu Virus & Threat Protection.
Klik pada tombol Quick Scan.
Setelah selesai, anda akan lihat hasilnya sama ada PC anda telah dijangkiti Malware ataupun tidak.
Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat