Penganalisis Apple terkemuka, Ming-Chi Kuo mendakwa pengecas USB-C daripada Apple untuk siri iPhone 15 menawarkan kepantasan 20W sahaja.
領益智造為iPhone 15系列改採USB-C與Apple顯著調升20W USB-C充電出貨預估的主要贏家 / LY iTech is the primary beneficiary of the transition to USB-C for the iPhone 15 series and Apple's significant increase in 20W USB-C charger shipment estimationshttps://t.co/OpRcgorn9a
— 郭明錤 (Ming-Chi Kuo) (@mingchikuo) March 21, 2023
Dalam tinjauan beliau yang terbaru, penghantaran dan permintaan pengecas USB-C Apple dijangkakan meningkat sekitar 120% (70 juta unit) untuk tahun 2023 ini.
Hal ini demikian kerana pelancaran siri iPhone 15 yang berkemungkinan besar menyokong port USB-C akan melonjakkan permintaan kepada pengecas tersebut.
{suggest}
Tambah beliau lagi, hanya versi Pro siri iPhone 15 sahaja yang menyokong kelajuan penghantaran data 20Gbps USB 3.2. Manakala, iPhone 15 dan 15 Plus dihadkan pada teknologi USB 2.0 sahaja.
Sumber: Ming-Chi Kuo
Gambar utama: Ming-Chi Kuo