Terdahulu, ura-ura mengatakan Apple tidak akan menaikkan harga jualan bagi model separa andalan iPhone 14.
Kini, laporan penganalisis Ming-Chi Kuo pula menyatakan Apple merancang untuk menaikkan harga jualan bagi model iPhone 14 Pro, berbanding iPhone 13 Pro.
{suggest}
Kuo tidak memaklumkan dengan lebih terperinci mengenai harga yang bakal ditawarkan bagi model andalan iPhone 14 itu. Namun, melalui ciapan di Twitter hari ini, beliau menjangkakan purata harga jualan bagi barisan model iPhone 14 secara keseluruhannya akan dinaikkan sekitar 15% berbanding iPhone yang dilancarkan tahun lalu.
(1/2)
Hon Hai/Foxconn is one of the winners of the increased ASP of iPhone 14 series. I estimated iPhone 14 series ASP would increase by about 15% (vs. iPhone 13 series ASP) to $1,000-1,050 (USD) due to two iPhone 14 Pro's price hikes & higher shipment proportion. https://t.co/UgiW0kom4F— 郭明錤 (Ming-Chi Kuo) (@mingchikuo) August 10, 2022
Untuk spesifikasi, ura-ura setakat ini mengatakan model iPhone 14 Pro akan hadir dengan paparan berlubang berbentuk pil yang akan menggantikan paparan bertakuk. Antara lainnya adalah sokongan cip A16 Bionic, naiktaraf sensor kamera 48MP, sokongan rakaman video 8K dan yang paling disebut-sebut adalah sokongan always-on-display (AOD).
Sama ada benar atau tidak, nantikan pengumuman Apple pada acara pelancaran iPhone 14 yang dijangka berlangsung bulan depan.
Sumber: Mac Rumors