Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

KTMB Tawarkan Diskaun Pakej Keluarga Malaysia Bermula 14 Februari 2022

Posted on Februari 16, 2022Februari 16, 2022

Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) menerusi agensi di bawahnya, KTMB telah memperkenalkan diskaun Pakej Keluarga Malaysia.

Pakej itu merupakan inisiatif KTMB untuk memberikan diskaun tambang perjalanan sehala atau 2 hala secara berkumpulan sebanyak 25% melalui perkhidmatan tren elektrik (ETS) dan KTM Intercity kepada semua warganegara Malaysia bermula pada 14 Februari 2022 hingga 31 Disember 2022.

Diskaun itu layak untuk pembelian 4 tiket dan ke atas dalam satu transaksi pembelian sama ada dewasa atau kanak-kanak untuk semua kelas perkhidmatan ETS, Ekspres Rakyat Timuran dan Ekspres Selatan sahaja dengan menggunakan kod promo KMKKTMB2.

Pakej ini hanya sah digunakan oleh warganegara Malaysia sahaja.

Untuk info lanjut tentang pakej ini, sila layari laman info Pakej Keluarga Malaysia KTMB.

Sumber: KTMB

Baca juga:

  • Jom Naik Keretapi Dari Gemas Ke Kuala Lipis Secara Percuma Untuk Masa Terhad
  • KTM Lancar Aplikasi MyRailTime, Mudahkan Pengguna Semak Jadual Perjalanan Tren
  • KTM Business Class Akan Mula Beroperasi Pada 11 Oktober 2019

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress