Pada awal tahun ini, MSI telah melancarkan konsol mudah alih pertamanya, MSI Claw yang dikuasakan cip Intel Core Ultra.
Selepas hampir 4 bulan dilancarkan, peranti ini kini menerima kemas kini pemacu dan BIOS baharu yang dikatakan akan dapat meningkatkan prestasi peranti ini sehingga lebih 40%.
Ia berdasarkan info yang dikongsikan pengguna di laman forum rasmi MSI yang menunjukkan beberapa judul permainan yang dimainkan di MSI Claw menunjukkan peningkatan sehingga 43.5%.
Kemas kini ini meningkatkan prestasi pelbagai judul permainan, termasuklah:
- Dead Space +21.9%
- F1 23 +43.5%
- Helldivers 2 +10.3%
- Diablo4 +22.6%
- Hogwarts Legacy +27.6%
- Forza Horizon 5 +18.4%
Kemas kini BIOS baharu itu boleh dimuat turun pada halaman sokongan produk dan pemacu grafik baharu tersedia melalui laman Live Update dalam MSI Center M, atau laman sesawang Intel.
Untuk pasaran Malaysia, konsol MSI Claw dijual pada harga RM3,499 yang kini sudah boleh dibeli terus dari stor rasmi MSI di:
- Shopee – https://invl.io/cll1tbb
- Lazada – https://invol.co/cll1tbx
{suggest}
Sumber: PC World