Konami Digital Entertainment Limited umum pelancaran tahun baru bagi “eFootball” dengan membawa sejumlah pembaharuan kepada “eFootball 2024”.
“eFootball” merupakan penjenamaan semula dari siri permainan popular “PES” KONAMI.
Antara pembaharuan yang diperkenalkan adalah kit, stadium, dan skuad yang dikemaskini dalam permainan sempena musim baharu dengan beberapa cerita pemindahan pemain terbesar dalam bola sepak dunia pada musim panas ini.

“eFootball 2024” juga akan melihat siri pembaharuan dibuat kepada permainan seperti tindak balas kawalan yang lebih baik dan peningkatan ketepatan dalam kemahiran individu menggelecek dan pertahanan.

Turut diperkenalkan adalah ciri ‘Boosters’ yang akan membolehkan pemain beraksi melebihi parameter biasa (had 99), bermakna pengguna boleh membesarkan kemahiran individu dan sifat-sifat pelbagai pemain dalam ‘Pasukan Impian’ mereka.
Ciri ini akan membolehkan pengguna membina pasukan dengan lebih kebebasan dan variasi.
Berdasarkan siri maklum balas yang dikumpulkan daripada pengguna sedia ada, KONAMI telah melaksanakan pelbagai perubahan dalam permainan untuk meningkatkan lagi pengalaman dan realisme dalam “eFootball”.
eFootball™ 2024 sudah boleh dimuat turun dan dimainkan secara percuma bermula dari 7 September 2023 di pelbagai platform termasuklah PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox Series X|S, Xbox One, Windows 10, Steam, iOS dan Android.
Untuk info lanjut, layari laman utama permainan di https://www.konami.com/efootball/en/
{suggest}
Sumber: Siaran media KONAMI