Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Komputer Masa Depan, PC Konsep Dell Ini Mampu Dibuka Seperti Lego

Posted on Disember 19, 2022Disember 19, 2022

Dell telah mempertontonkan komputer riba Concept Luna yang mampu mengoptimumkan dan hadir dalam rekaan ringkas untuk mempermudahkan kerja-kerja membaik pulih.

Rekaan Concept Luna ini mempunyai satu port kunci di sisi komputer riba yang membolehkan individu membuka casis.

Oleh itu, pengguna dapat mengakses papan kekunci, kipas, bateri, papan induk dan pelbagai lagi secara mudah dan ringkas sahaja.

Pembaca boleh dapat gambar yang lebih jelas lagi melalui video di atas.

Menariknya lagi, projek ini mencatatkan keputusan yang memberangsangkan sampaikan sesebuah komputer riba itu mampu dibuka dalam masa satu minit sahaja.

Dell mempunyai matlamat dengan rekaan minimum dan sederhana hanya memerlukan 4 skru sahaja dan pelekat yang sedikit untuk memegang komponen perkakasan dalaman.

{suggest}

Usaha ini adalah bukti komitmen Dell dalam menyahut seruan dunia dalam mengurangkan e-sisa dan memperkasakan undang-undang keperluan untuk memperbaiki.

Sumber: ZDNet

Gambar utama: ZDNet

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress