Seperti yang telah dikhabarkan dalam artikel sebelum ini, kolaborasi permainan ‘Battle Royale’ mudah alih, PUBG MOBILE dan siri animasi Jepun, SPY×FAMILY kini telah tiba bermula hari ini hingga 12 Mei 2024.
Bersempena dengan kerjasama kali ini, PUBG MOBILE telah menampilkan pelbagai jenis barangan serta reka bentuk karakter dalam permainan yang bertemakan siri animasi tersebut.
Antara yang menarik perhatian kebanyakan pihak adalah senjata melee SPY×FAMILY Yor Stilettos, gaya rambut SPY×FAMILY Anya, payung terjun SPY×FAMILY Bond Glider dan lain-lain lagi.
Anda boleh sertai acara kolaborasi ini dan dapatkan barangan dalam permainan tersebut dengan memuat turun aplikasi permainan PUBG MOBILE melalui Google Play Store dan Apple App Store.
{suggest}
Sumber: Siaran Media PUBG MOBILE