Sebelum ini penukaran kata laluan MyBPR perlu dilakukan di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Kini, anda tidak lagi perlu bersusah payah kerana LHDN telah menyatakan bahawa kata laluan boleh ditukar secara dalam talian.
Berikut adalah cara-cara untuk menukar kata laluan anda:
- Layari pautan ini dan klik Log MasukĀ
- Klik Terlupa Kata Laluan
- Masukkan nombor MyKad dan klik semak. Kemudian, masukkan alamat e-mel yang telah didaftarkan
- Anda akan terima kata laluan sementara di alamat e-mel yang didaftarkan
- Masukkan nombor kata laluan sementara ini untuk log masuk semula ke MyBPR
- Setelah masuk, anda perlu cipta kata laluan yang baharu
Jika anda menghadapi sebarang masalah semasa proses ini atau pertanyaan, boleh hubungi hotline BPR (1800-88-2747), Hasil Live Chat atau pautan ini.
Sumber: LHDN