Instagram kini membawakan sokongan Direct Message (DM) pada versi web. Sebahagian “peratusan kecil” pengguna global platform tersebut dapat mengakses DM mereka melalui laman web Instagram, yang sangat berguna bagi perniagaan, influencers, dan sesiapa yang menghantar banyak DM, serta dapat membantu melengkapkan pengalaman aplikasi merentasi peranti.
Menurut pihak Instagram, pelancaran tersebut hanya satu ujian dan butiran lanjut mengenai peluasan skala akan tersedia tidak lama lagi.
DMs, but make them desktop. 👍
We’re currently testing Direct messaging on the web, so you can read and reply to your messages from wherever you are. pic.twitter.com/VJ06EpETxG
— Instagram (@instagram) January 14, 2020
Ciri-ciri Direct Message bagi versi web adalah sama seperti telefon pintar. Anda boleh membuat kumpulan baru atau mula bersembang dengan seseorang sama ada dari antaramuka DM atau halaman profil; tekan dua kali untuk menyukai mesej, kongsi gambar dari desktop, dan lihat jumlah nombor mesej yang belum dibaca.
Selain itu, anda akan menerima notifikasi DM pada desktop jika notifikasi untuk keseluruhan laman Instagram pada pelayar diaktifkan.
Mark Zuckerberg berkata, pada tahun lalu syarikat tersebut merancang untuk membolehkan pengguna Facebook, WhatsApp dan Instagram menghantar mesej antara satu sama lain, tanpa mengira platform yang digunakan. Namun, tidak dapat dipastikan perancangan lanjut mengenainya.
Sumber: The Verge