Baru-baru ini, terdapat laporan yang telah dikenal pasti mengenai salah sebuah kilang Tesla di Texas, Austin iaitu Tesla Giga yang terlibat dalam penghasilan Tesla Cybertrucks.
Antara laporan yang berjaya dikumpul oleh The Information adalah kecederaan seorang jurutera Tesla yang mendekati salah satu lengan robot yang sepatutnya ditutup tetapi dicakar oleh alat itu lalu dicampak ke dinding berhampiran.
Walaupun lengan robot itu dapat dihentikan dengan butang kecemasan, keadaan badan dan lengan mangsa tidak terlepas dengan luka kecil sahaja.
Sehubungan dengan itu, laporan kecederaan telah dibuat oleh Tesla dan diserahkan kepada Travis County, organisasi pengurusan kenderaan bermotor, tetapi mangsa langsung tidak diberikan cuti sakit selepas kejadian.
Selain itu, terdapat juga laporan tentang seorang pekerja di bahagian penuangan logam mengalami masalah gegaran otak selepas terlibat dalam insiden letupan di kawasan itu pada awal tahun 2023.
Malangnya, OSHA, Pentadbiran Keselamatan dan Kesihatan Pekerja, tidak menerima sebarang laporan atau arahan pemeriksaan mengenai insiden ini.
Selain daripada Tesla Giga, kilang Tesla Fremont di California juga dilaporkan kurang mengambil perhatian tentang kecederaan yang dialami oleh pekerja mereka.
Berdasarkan luahan pekerja di Tesla Giga, mereka menyifatkan syarikat itu mempunyai budaya kerja yang hardcore seperti bekerja lebih masa, kawasan kerja yang tidak selamat, gangguan emosi dan banyak lagi.
{suggest}
Sumber: Verge