Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh membuat kenyataan bahawa kilang pembuatan kenderaan cekap tenaga (EEV) dan kenderaan elektrik (EV) pertama negara bakal dibina di Taman Perindustrian HICOM Pegoh, Alor Gajah, Melaka dengan nilai pelaburan melebihi RM100 juta.
Kilang ini dikatakan akan dibangunkan oleh EP Manufacturing Bhd (EPMB) dan dijangka dapat mengeluarkan keluaran EEV dan EV sehingga 30,000 unit setiap tahun dalam fasa pertama mereka pada akhir tahun 2024.

Sehubungan dengan itu, lebih kurang 1000 peluang pekerjaan yang akan ditawarkan untuk rakyat Melaka dalam sektor automotif terutama sekali untuk penduduk Pegoh. Usaha ini dijangka dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan membantu mengurangkan pelepasan karbon dioksida di negeri Melaka.
Selain itu, Datuk Seri Ab Rauf mencadangkan EPMB untuk bekerjasama dengan 23 institusi pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) di negara ini bagi menghasilkan tenaga kerja yang mahir dan separuh mahir bagi keperluan tenaga kerja kilang itu.
CEO EPMB, Ahmad Razlan, mengatakan pembinaan kilang itu mempunyai empat fasa dengan keluasan lebih kurang 17 hektar dan fasa pertama yang dijangka akan bermula pada tahun depan.
{suggest}
Sumber: The Malaysian Reserve, EdgeProp