Khabar angin yang mengatakan bahawa Apple akan mengeluarkan Macbook versi ‘mampu milik’ pada 2024 kini telah tersebar kuat dalam sehari dua lepas.
Portal Digitimes beberapa hari lepas mengeluarkan artikel yang mengatakan bahawa sumbernya telah memberitahu Macbook ‘mampu milik’ mungkin akan dikeluarkan oleh Apple seawal separuh kedua tahun hadapan.
Menurutnya lagi, produk terbaru itu akan mempunyai bentuk badan yang sama seperti Air dan juga Pro namun akan dibina dengan material berbeza. Nota kaki, badan Air dan Pro dibina dengan aloi aluminium. Namun hanya setakat itu maklumat yang diberikan oleh DigiTimes.
{suggest}
Andaian tarikh separuh kedua tahun 2024 pula dibuat berdasarkan kurangnya aktiviti di kilang-kilang pengeluaran Apple seperti Foxxcon dan Quanta Computer sekarang; yang bermakna pelancaran pada separuh pertama tahun 2024 adalah mustahil.
Tapi, memandangkan kita semua mengenali Apple being Apple, maksud ‘mampu milik’ itu agak sukar untuk diimaginasikan memandangkan Macbook Air 2023 pun dimulakan dengan harga RM4,399. Jadi, mungkinkah harga ‘mampu milik’ yang dimaksudkan sekitar ~RM2500? Dengan harga ini, sukar untuk bertanding dengan laptop mampu milik Chromebooks yang berharga sekitar RM1,500.
Pada pandemik lalu, hasil jualan Chromebook melonjak naik dari 13.9 juta unit pada 2019 kepada 30.4 juta unit pada 2020 kemudian 33.5 juta unit pada 2021 yang menunjukkan peranti itu popular dalam kalangan pelajar dan industri pendidikan.
Sumber: Digitimes